Khamis, 20 Oktober 2011

NANTIKAN

EJS akan kembali bersiaran dengan entry baharu sedikit masa lagi... =)

Rabu, 11 Mei 2011

EKSPRESI PUISI | titis hujan itu


titis hujan itu rupanya rahmat
panas bak gurun kini mereda
hadirnya ia bagai pelengkap
sekeping hati yang haus

titis hujan itu membasahi bumi
menyegarkan alam dan sanubari
memberi beribu harapan yang tersirat
agar segalanya menjadi realiti

titis hujan itu sangat bermakna
takkan ku lupa dinginnya ia
menghilangkan seketika
tekanan di hati

titis hujan itu sangat bermakna
merimbun sang pohon
membugar si kelopak
menumbuh sang akar
mewarna si pelangi

titis hujan itu kian hilang
namun ku harap
kesannya bertahan
menjadi penyejuk di kala kehausan
menyelimut lembut dan damai diri ini

Rabu, 4 Mei 2011

EKSPRESI HATI | kalian

entah mengapa
rasa ini kini
tidak seronok
seperti dulu

ada saja benda
yang menyedihkan
yang mematahkan semangat
yang menyakitkan mata

seribu perkara
berlegar menyelubungi
macam tiada hujung
macam tiada penamat

kata sepakat sukar dicapai
walhal masing-masing
sudah dewasa
sudah matang
sudah berusia

penat pujuk hati
untuk mencipta
keindahan di hati
andai perkara seperti ini
masih membelenggui

kenapa susah bersatu?
kenapa sukar bekerjasama?
kenapa sudah tiada semangat?

di mana kata sepakat?
di mana janji kalian?
di mana ayat keramat?

semuanya palsu
semuanya tipu

Rabu, 27 April 2011

EKSPRESI SENI | gah meniti usia


Alhamdulillah, tamat sudah amali... Apa-apa pun, semua telah buat dengan bagus... Jadikan kritikan sebagai pemangkin semangat... Amali kali ini perlu menghasilkan catan (painting) yang berkaitan suasana bandar Kangar... Foto di atas, merupakan pilihan EJS bgi pelaksanaan tugasan semester ini... Ketika mengambil gambar ni, EJS tertarik dengan basikal tua ni... Sangat-sangat susah nak jumpa sebenarnya. Namun, rezeki hari tu... ^__^
Nak cerita pengalaman menghasilkan catan ni, panjang berjela-jela karangannya.
Nak tahu hasilnya, "scroll down this entry"...
Jadi, inilah hasil catan EJS... Berbanding gambar asal, banyak improvisasi yang telah dilakukan... Ada yang diadakan, ada yang ditiadakan... Ada juga yang ditambah, ada pula yang dikurangkan... Sebenarnya, ini bukan hasil akhirnya... Ada lagi aspek yang dibaiki... Jika ada luang, EJS akan muatnaik hasil yang paling akhir...

Tajuk catan ni adalah "Gah Meniti Usia". Kenapa begitu? Sebenarnya, EJS nak menggambarkan basikal tua itu sebagai manusia... Walaupun berusia, namun tetap berguna... Walaupun dalam arus pemodenan, kudratnya amat diperlukan... Bermakna, kan? (mata ke atas, tangan ke dada)...

EJS banyak belajar apa itu seni dalam catan. Ia sangat berbeza dengan lukisan arkitek atau kejuruteraan... Aspek unsur seni dan prinsip rekaan menjadi keutamaan...
Apa-apa pun, EJS berpuas hati dengan hasilnya... Terima kasih atas tunjuk ajar senior, pensyarah dan rakan-rakan... "I want to do it better next time"... (=.=)"

Jumaat, 22 April 2011

EKSPRESI DIALOG | faham, tak faham


nora : eh, aku tak faham la
yani : kalau kau tak faham, aku lagi tak faham
nora : apa pulak yang kau tak faham?
yani : yang kau tak faham tu la, faham?
nora : kau ni mesti tak faham benda yang aku tak faham,kan?
yani : eh, takkanlah aku nak buat-buat faham
nora : geramnya!!! kau memang tak faham
yani : ye la, dah kau pun tak faham. aku lagi tak faham
nora : janganlah cuba faham benda yang aku tak faham
yani : kenapa pulak? tadi kau yang kata tak faham
nora : ish, kau ni. aku dah faham la apa yang aku tak faham tadi.
yani : =.=" memang aku tak faham kau


EKSPRESI PUISI | gelora hidup

alpa, leka, lalai
hanyut dalam keindahan palsu
dilambung ke awan biru
pelangi cantik
terbang bersama kawanan burung
melebar sayap ke merata sempadan

namun, langit tak selalunya kemilau
patah sayap kabur mata
tak tahu arah tuju
jalan yang kian berliku
memerangkap diri ke lembah kelam

cuba bangkit dari mimpi
menghadapi nyata penuh pedih
merangkak tertiarap jatuh
semua itu tiada peduli

ingin menggapai semula
jalan yang cerah
walau bertongkat
dipimpin, dipapah
cekal hati tiada banding

harapan itu
pasti akan jelas
selagi mahu
selagi terdaya

mencari jalan bahagia
tidak semudah bicara
tiada yang mampu bantu
kecuali empunya diri

EKSPRESI DIRI | hidup

waktu kecil
tiada perkara serius perlu difikirkan
dunia hanya dipenuhi dengan
permainan
kawan seusia

walau sering dimarahi orang tua
tetap jua nakal, degil
main tak ingat dunia
main tak ingat letih

ekplorasi, ekperimentasi
menjadi kepentingan

ditatang, dipupuk, diberi apa saja
ruangnya berkisarkan A B C
semudah 1 2 3

jujurnya sang kecil
berkata kata dan perbuatannya
segalanya tanpa hipokrasi
gembira, sedih, marah
diluah tanpa resah

masa pantas mengejar
hingga tidak sedar
sudah berbelas tahun meninggalkan
dunia indah itu
walau ada kepahitan
manis juga terasa

dunia kini tiada sama
perhatian dan kawalan kian terburai
pergantungan terarah pada diri sendiri
belajar bangun daripada jatuh
menukar tawar menjadi sedap
mendewasakan kita

garis garis halus pada wajah
menandakan kedewasaan kita
seiring itu
kematangan perlu disemai