Khamis, 24 Mac 2011

EKSPRESI PERSPEKTIF | Nasib si bahasa

Hari ini terdetik naluri. Ingin meluahkan perkara yang terbuku di hati.
Hal ini kerana, perkara tersebut sudah di tahap membimbangkan..
Tahun ini, genaplah 54 tahun kita telah merdeka.
Namun, adakah kemerdekaan negara dihayati dengan mendalam?
Tepuk dada, tanya selera.
Anda mengaku bahawa anda adalah warganegara Malaysia.
Anda memiliki kad pengenalan..
Anda mempunyai hak-hak tertentu yang termaktub dalam Perlembagaan.
Namun, adakah anda benar-benar ambil kisah akan hak Perlembagaan?

Amat menyedihkan apabila bangsa Malaysia,
Masih tergagap-gagap dan keliru.
Masih memiliki rasa canggung untuk berbahasa Melayu.
Kelu unt

uk menyusun ayat indah dalam bahasa kita.
Secara terang dan nyata, undang-undang bertulis yang paling tinggi negara menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Ia termaktub dalam perkara 152.
Namun, apa yang menyedihkan. Rakyat yang mengaku sebagai 1 Malaysia ini, tidak menganggap bahasa ini perlu dalam kehidupan mereka.
Hal ini kerana, mereka lebih berasa selesa untuk berada dalam kelompok mereka sahaja.

Pihak atasan sejak dahulu lagi mengamalkan sikap toleransi.
Kalau tiada sikap berkenaan, masakan wujud sekolah vernakular..
Percayakah anda, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dalam dunia ini yang mengamalkan sistem persekolahan jenis ini?
Aneh bukan, dalam dunia yang serba maju ini, masih wujud lagi sistem lapuk ini.
Maaf cakap, ia sudah tidak relevan. ia ibarat sistem pecah dan perintah pada zaman penjajahan British. Namun, hal ini berlaku sejak merdeka dan berterusan hingga hari ini.


Tidakkah mereka sedar bahawa, Malaysia tidak akan mampu hidup dalam keharmonian, sekiranya perkara yang sebesar zarah ini tidak ditangani.
Nampak seperti kecil, namun impaknya sangat dahsyat.
Lihat sahaja sekarang, amat sukar untuk menyaksikan rakyat berbilang kaum untuk berinteraksi secara mesra dan tanpa prejudis.
Alangkah sedihnya apabila bercampur di dalam kelas, mereka lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka sedangkan terdapat pelajar lain yang tidak memahami bahasa mereka. bahkan, di hadapan guru sendiri mereka tiada segan dan sopan berbual di dalam bahasa ibunda.

Jadi, apakah puncanya?
Pandangan saya, puncanya bermula sejak di bangku sekolah lagi.
Semua kaum perlu bercampur di dalam satu sekolah. hal ini bukan sahaja dapat membantu mereka menguasai bahasa Melayu bahkan dapat mewujudkan komunikasi yang baik antara mereka.
Bagaimana mahu bertutur dalam bahasa Melayu dengan lancar jika tidak berada di sekolah kebangsaan?
Isu pendidikan tidak seharusnya dicampurgaulkan dengan politik.
Pihak berwajib perlu ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab. bukan hanya mementingkan diri sahaja!
Tidak usah terlalu menjaga hati orang sedangkan hati kita telah terhiris oleh pisau-pisau yang tajam.
Bangunlah dari mimpi indah. Negara kita tidak akan mampu mencapai kemajuan yang sebenar, sekiranya martabat bahasa kebangsaan ini kian terpinggir.
Keharmonian sekarang ini hanyalah pada permukaannya sahaja sedangkan di dasarnya berkeladak.

Sedarlah, bahasa Melayu bukannya khas kepada satu kaum sahaja tetapi untuk semua bangsa yang bergelar bangsa Malaysia.
Tidak ada istilah bahasa Malaysia dalam Perlembagaan. Hanya bahasa Melayu yang wujud di dalam Perlembagaan.

Fikir-fikirkan.

Selasa, 15 Mac 2011

EKSPRESI PUISI | Pergi

Pergi
tanpa aku rela
menjunam jauh
rasa sayu ni
ke lubuk jiwa

Pergi
meninggalkan aku
pudarlah semua
yang tinggal hanya
kenangan yang indah





Pergi
doaku buatmu
selalu bahagia
lupakanlah aku
pergilah jauh
daripada pandanganku

Khamis, 3 Mac 2011

EKSPERSI HATI | berhenti berharap


berhentilah berharap...
bangkitlah daripada tidur...
angan-angan yang membuai...
realiti yg terpancar...
indah khabar dari rupa...

Rabu, 2 Mac 2011

EKSPRESI PUISI | epilog diari baru
































diari baru dimulakan dengan cukup sempurna...
serba serbi indah...
kenangan yang dicatat semua manis..
diari lama yang pernah menitipkan banyak kenangan...
telah dibuang di dalam tong sampah...
kerana ia sudah tidak bermakna...
maka diari baru digunakan tanpa ragu...
setelah lama menulis diari baru...
tiba-tiba teringat kenangan diari lama...
walau sudah lama berlalu...
kesan parut di dalamnya tetap terpahat...
dalam hati kecil...
ingin mengimbau bibit peristiwa yang telah didepani...
segala pahit manis terkongsi di dalam minda...
lalu diari lama diselongkar...
walau di dalam sebusuk tong sampah...
dalam fikiran, diari lama tetap mewangi...
setiap helaian diselak...
sesekali tertawa dan menangis..
mengimbau detik yang tercipta..
takdir yang terindah...
pada seketika dahulu...
maka, diari baru terpinggir...
sekadar melukut di tepi gantang...
tiada lagi kecintaan terhadap diari yang baru itu...
serba salah menusuk kalbu...
ingin memilih...
sama ada bersama diari baru...
atau memulakan semula diari lama...
ternyata, kuasa diari lama...
menarik hati dan perasaan...
untuk setia bersamanya...
terobek hati diari baru...
kerana tidak dihargai tuannya...
kini, diari baru dibakulsampahkan...
sama seperti yang terjadi pada diari lama...
walaupun tuan berat untuk memilih antara dua...
namun, diari lama menguasai minda...
diari lama dielokkan kembali...
demi mencatat semula kenangan yang terhapus sebelum ini...
diari baru pula menunggu...
sehingga mereput...
atau terbakar...
diterbangkan oleh angin yang menghembus...
tanpa tuju...
ternyata, hati diari itu telah mati...