Jumaat, 22 April 2011

EKSPRESI PUISI | gelora hidup

alpa, leka, lalai
hanyut dalam keindahan palsu
dilambung ke awan biru
pelangi cantik
terbang bersama kawanan burung
melebar sayap ke merata sempadan

namun, langit tak selalunya kemilau
patah sayap kabur mata
tak tahu arah tuju
jalan yang kian berliku
memerangkap diri ke lembah kelam

cuba bangkit dari mimpi
menghadapi nyata penuh pedih
merangkak tertiarap jatuh
semua itu tiada peduli

ingin menggapai semula
jalan yang cerah
walau bertongkat
dipimpin, dipapah
cekal hati tiada banding

harapan itu
pasti akan jelas
selagi mahu
selagi terdaya

mencari jalan bahagia
tidak semudah bicara
tiada yang mampu bantu
kecuali empunya diri

Tiada ulasan: